Johana's Fotopage
Memories are Kept Forever
By: Johana Johari

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Friday, 25-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
DAH SEBULAN????

Na nie...
Tak sangka dah lebih sebulan tak update kan fotopages ni. Memang sibuk sangat-sangat. Minggu depan kena uruskan bengkel di Kedah. Minggu lagi satu ada bengkel skrip dan papan cerita pulak di Hotel Capitol, Bkt. Bintang. Memang tak sempat langsung! Mama pun dah bising, anak dara dia yang sorang ni asyik outstation memanjang! Tapi, nak buat macam mana, kan? Dah rezeki. Nampak gayanya terbengkalai lah projek fotopages ni.....wasalam.


Wednesday, 16-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
I'm Back!

Alhamdulillah, dapat kembali aktif selepas 2 minggu bercuti sakit. InsyaAllah mulai esok akan update fotopages ini dengan lebih aktif. Terima kasih atas semua komen, Na amat menghargainya


Saturday, 29-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
3 Perkara....

Iqra'
Tjg Harapan, Pelabuhan Kelang
Gambar mama & babah Na
Quote:
Tiga perkara, apabila memandangnya sahaja sudah cukup memberi pahala; Al-Quran, Laut dan wajah Ibubapa


Friday, 28-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Mama!

Nie 34th Anniversary Mama & Babah
Check in Tbg Haji Kelana Jaya
Hajjah Lalah (Zuhairah Imanina)
View all 6 photos...
Hari nie, birthday Mama. Pagi ni kelam kabut sgt pergi kerja lupa bawa handphone. Tak dapat call Mama, sorry Mama! Takpe, lunch break karang balik rumah kejap. Jam 2 pagi nanti Mama, Babah, Ayong, Abg Zack dan Lalah balik dari Haji. Ya Allah, tak sabarnya nak jumpa mereka selepas 45 hari terpisah.


Thursday, 27-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
It is a MIRACLE!

Buah Hati
Pengarang Jantung
Hari ni seronok sebab dapat jumpa balik kawan-kawan masa sekolah menengah. Tak sangka, internet temukan semula rakan-rakan yg terpisah. Fiza hantar gambar anak-anak dia yg cute. Anak-anak ni semua anak-anak angkat Na. Kawan-kawan, jangan kita terpisah lagi.
Quote:
Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan. Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan. Sayangi kedua-duanya, kerana ia rahmat dari Tuhan.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net